LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang
dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun.
Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan
diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa
atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu
asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu
disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat
berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan
teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika
masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian.
Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas
pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid
sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu
habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah
akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program
NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca
yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah
penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya
salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan
tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia
amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK SERI GOMBAK adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
- Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
- Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK SERI GOMBAK adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAMa. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
- Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
- Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
- Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
- Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
- Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
- Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK SERI GOMBAK adalah seperti berikut;
- Bercerita
- Membaca bersama
- Bicara Buku
- Meminjam buku
- Memberi pinjaman buku
- Ulasan Buku
- Ulat Buku
- Kamus Bergerak
- Forum
- Ceramah Buku
- Ceramah
- Jejak Buku
- Khemah Membaca
- Kuiz Pengetahuan
- Pameran Buku
- Buku Skrap
- Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK SERI GOMBAK Murid-murid yang layak akan mendapat:
Pengiktirafan Tahap JauhariJumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK SERI GOMBAK adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM
No comments:
Post a Comment